Dilea Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi 2
25 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2025, telah diadakan Tuisyen Dilea Webinar Berkala Bahasa Melayu bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Webinar Dilea ini dijalankan secara atas talian dan secara percuma kepada pelajar tingkatan 4 & 5. Webinar Bahasa Melayu pada kali ini, pelajar mempelajari tips karangan cemerlang bersama Cikgu Hasfariza. Pelajar dapat mempelajari meningkatkan kemahiran dan teknik menulis karangan yang tersusun, mantap dan berkualiti tinggi. Selain itu, cikgu membimbing pelajar untuk memahami struktur asas karangan serta kehendak soalan dengan tepat. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengasah penggunaan bahasa yang betul, bervariasi dan menarik untuk menonjolkan keunikan karangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: